Home » motivasiharian » Kerinduan hati milik siapa

kerinduan

“Kerinduan adalah hati yang mendambakan sesuatu yang lebih baik”
Anda mengakui jauh didalam hati anda terdapat kerinduan-suatu cita-cita dari jiwa terhadap sesuatu kehidupan yang lebih baik.
Ianya bukan harapan kosong atau suatu impian, kecuali anda mengabaikannya..
Sebenarnya semua itu merupakan suatu ramalan tentang apa yang bakal terjadi pada diri anda,iaitu megalami kehidupan yang lebih teguh dan agung,suatu masa yang wujud tentang kemungkinan kita..
Umumnya.anda menekankan kerinduan hati dan cita-cita jiwa yang sejati dengan usaha untuk melakukan kepuasan pada tubuh.
Berjuta-juta ringgit dihabiskan setiap tahun untuk hiburan, minuma keras dan ubat terlarang,dengan harapan yang salah iaitu untuk mendapatkan kebahgaian dan sebagai cara melarikan dari dari rasa takut dan khuatir, Kebahagian hanya boleh ditemukan didalam dan bukan di luar.
Kelengkapan mental anda tersusun sedemikan rupa, untuk membantu memenuhi kerinduan hati.
Apapa pun yang kita perolehi dari hidup, lebih dahulu diciptakan dalam mental kita.
Kita berusaha untuk menjadikannya sesuatu yang secara terus menerus kita rindukan,digambarkan secara mental dan berjuang dengan segala susah payah.
“Bawalah akal dan tubuh anda mendekati hati dan jiwa, maka kerinduan akan menjadi kenyataan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *