Home » motivasiharian » Merentas usia

Merentas usia

Berapa umur atau usia anda? Ini adalah soalan yang tidak diminati oleh ramai lelaki atau perempuan.
Kebiasaan usia wanita sama seperti penampilannya, lelaki pula seperti apa yang dirasakan.Pelik kan.
Usia lelaki dan perempuan sebenar sesuai dengan apa yang dilakukan.
Diri anda adalah seperti apa yang anda fikirkan.Kalau dalam usia tiga puluhan, anda berfikir diri anda mula tua, ia akan menjadi tua.
Untuk menjaga diri anda agar tidak terlalu cepat tua ia berkait langsung dengan kehendak anda.
Jika anda membiarkan hidup anda berlalu, ia akan berlalu.
Nasib memihak kepada orang menggunakan kedua tangan dan otaknya.
Kemudaan ada dalam diri anda.Kemudaan wajib dipertahankan agar batin terus muda sehingga jasad meninggalkan anda dan jiwa terus-menerus diperbaharui hari demi hari.
“Jika fikiran anda berhenti untuk mencipta perubahan pada diri,tidak lagi aktif minat dengan peristiwa kehidupan,berhenti membaca, tidak berfikir dan bertindak,berhenti berdoa seperti apa yang dihajatkan, maka anda sebenarnya mati dalam kehidupan.”
Anda sebenarnya setua apa yang anda fikirkan.
Pertahankan semangat kejiwaan muda.Pekerjaan anda sebagai manusia belum tamat sehingga kematian menjemput anda.
“Tidak peduli dalam usia mana, tidak ada istilah terlambat bagi sesoarang untuk memulakan yang baharu dan mengalami hidup yang bahagia dan diredhai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *