Home » motivasiharian » Peluang di-mana-mana

peluang

Peluang ada dimana-mana,tetapi masalahnya ramai orang merasakan peluang masih terlalu jauh padahal peluang sebenar sudah berada ditangan.
“Harapkan burung terbang tinggi,punai di tangan dilepaskan”
Kenapa anda duduk-duduk dan menunggu-nunggu sesuatu padahal anda boleh menciptanya?
Kejayaan tidak terdapat kepada yang duduk-duduk menunggu dan menunggu kesempatan terbaik,anda yang percaya bahawa rumput jiran lebih hijau dan anda yang mengharapkan bahawa sesuatu hari akan lebih beruntung kerana datangnya peluang yang lebih besar.
Pada saat anda terbukti gagal,dengan berapi-apinya anda mengatakan peluang tidak pernah datang menghampirinya.Anda mengatakan tidak seorang pun membantu. Pemerintah tidak membantunya langsung.Anda kata kurangnya pendidikan.

Anda diberi kesempatan untuk mencapai tempat yang tinggi, tetapi sebahagian besar masih tetap berada dibawah kerana anda tidak bersiap-siap menyediakan diri untuk kearahnya.
Seperti tanaman yang tumbuh perlahan-lahan sejak dari benih sehingga menjadi pokok besar,demikian juga peluang atau kesempatan yang tumbuh dalam kita masing-masing.
Dengan mempelajari seni membantu diri,ketetapan jiwa yang kental,kerja yang tidak pernah menoleh kebelakang, dan menyingkirkan segala penghalang kejayaan, anda akan mencipta peluang yang akhirnya menjadi apa yang diidam dan didoakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *